Thursday, 4 October 2012

HARGA SAWIT JATUH .. SAMA SAMA KITA MEGELUH


Harga tandan buah sawit jatuh menjunam diperingkat lebih rendah sebelum ini. Hari ini harga kelapa sawit semasa jatuh pada harga RM350 se-tan (1,000kg) berbanding dua bulan lepas yang mencecah RM600 se-tan. Apa sudah jadi?

Perkara ini diluahkan sendiri oleh pekebun-pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang terkesan dengan penurunan harga buah sawit secara drastik. Akibatnya ramailah pekebun terpaksa menanggung perit jerih mengait buah sawit yang telah masak untuk dijual walaupun harga tidak setimpal dengan kepayahan mereka.

Untuk makluman mereka ini bukanlah peneroka Felda yang dibantu oleh kerajaan setiap bulan tapi pekebun kecil yang luas tanah hanya beberapa ekar sahaja. Kerajaan harus membantu menstabilkan semula harga buat sawit ini untuk keselesaan penduduk kampung.

No comments:

Post a Comment